PENSIJILAN MAGICSCHOOL AI BERSAMA CIKGU EEDARAHIM

 PENSIJILAN MAGIC  SCHOOL AI


Sudahkah anda terokai MagicSchool AI.  MagicSchool AI merupakan satu platform yang menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat membantu para guru dan murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan pantas. Guru-guru dapat menjimatkan masa untuk menyediakan lesson plan, kuiz, soalan pentaksiran dan lain-lain lagi yang boleh diakses dalam Bahasa Malaysia.  MagicSchool AI juga menyediakan program pensijilan yang dapat dimasukkan dalam SPLKPM dalam bidang e-Pembelajaran.

Adakah anda sudah menyertai Pensijilan MagicSchool AI ini? Kalau belum jangan bertangguh lagi. Ayuh dapatkan pensijilan Magic School AI yang sangat mudah semudah A, B, C. Mari ikuti langkah-langkah di bawah.

Pada search engine taip Magicshool AI dan anda akan dibawa ke paparan ini.

Anda boleh login dengan mana-mana account yang anda inginkan. Ini merupakan paparan utama MagicSchool AI dan antara tools yang ada.

Untuk memulakan Certified Courses, klik pada menu Training pada senarai di sebelah kiri.

Selain melalui menu Training, anda juga boleh mulakan course ini di paparan Home MagicSchool pada menu Resources dan klik pada PD Resources.

Seterusnya anda akan dibawa ke PD Resources seperti ini.

Klik pada Certification Courses dan pilih level yang ingin diikuti.

Anda perlu menonton video-video  dan nota yang disediakan supaya anda dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul dan tepat. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah betul, maka kotak hijau akan muncul. Namun jika jawapan yang dipilih itu salah maka kotak merah akan muncul.

Congratulation!!! Anda telah berjaya. Sila isikan email anda pada ruang yang disediakan.

Anda akan menerima badge Magicschool AI yang boleh disimpan dengan klik kanan pada mouse anda dan save image. Anda juga disarankan untuk menyebar luas Pensijilan Magicschool AI ini di media sosial anda agar lebih ramai lagi para guru dan murid mendapat manfaat ini.

Paparan terakhir yang anda nanti-nantikan...tadaaaa. Sijil bagi level yang anda ikuti. Anda boleh klik pada "Download Your Certificate" untuk mendapatkan sijil anda. Selain itu sijil ini juga telah dihantar ke alamat email yang telah anda isi tadi.

Anda perlu klik "Make a copy" untuk dibawa ke paparan Google Slide. Masukkan nama penuh dan tarikh pensijilan anda dan download sijil anda. Tahniah! Anda sekarang telah bergelar Magicschool AI Educator.
 
Contoh sijil 

Setelah selesai Level 3 anda boleh memohon untuk menjadi Magicschool AI Certified Trainer. Pautan akan diberikan dalam email. Klik pada kotak biru "Complete Your Certified Trainer Application".

Namun sebelum boleh bergelar Certified Trainer, anda harus lengkapkan 3 syarat yang dinyatakan dalam borang permohonan tersebut.


Selamat mengikuti kursus Pensijilan Magicschool AI.

#magicschool
#AIeducator
#Cikgueedarahim
Previous Post Next Post