SENAMROBIK BERSAMA MILO
Alhamdulillah. Rezeki memang tak pernah salah alamat. Siapa yang sanggup menolak jika yang menelefon itu daripada pihak pengurusan Nestle pembekal minuman berkhasiat dan bertenaga yang sentiasa dinantikan kehadirannya muka pintu sekolah.
Program senamrobik sihat bersama Milo di SK Pengkalan Jaya bermula jam 10.30 pagi di Dewan Aula Bestari yang melibatkan arus perdana Tahun 1 hingga 6 (941 orang murid), 75 orang murid prasekolah dan 47 orang murid PPKI.
Berlangsung rancak dan meriah dengan pimpinan Instruktor senamrobik SKPJ yg cukup hebat gerak tari dan susunan lagunya Cikgu Nor Aziah dan 10 orang anak didiknya.
Selepas lebih 30 minit menjalani aktiviti senamrobik, semua murid beratur dalam keadaan tertib dan teruja bermula dengan murid Prasekolah, PPKI, Tahap 1 dan diakhiri murid Tahap 2 menuju ke "Lori Hijau" igauan semua warga dulu kini selamanya untuk menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia "MILO". Rasanya tetap sama seperti dahulu juga.
Murid-murid teruja dapat minum milo percuma.
Untung menjadi guru dapat minum milo lori hijau dengan rasa yang 'rare' kerana memang takan dapat rasa macam ni jika dibancuh sendiri, beli di kedai makan atau di restoran-restoran besar sekalipun.