Family TCSR Bercuti...
Cuti sekolah kali ni anak-anak dan cucu sedara mai bercuti di rumah saya. Hmmm nak ke mana ya? Kalau ramai-ramai ni perlu bajet yg agak besarkan! Tapi takan nak duduk rumah saja, tak best la kan. Untuk santuni anak cucu yg datang kami ke Vertu Resort Batu Kawan, rumah sewa anak anak sulung saya. Tempat ni memang sangat best sebab kemudahan sangat banyak yang disediakan kepada para penghuni.
Aktiviti utama mestilah mandi-manda kat kolam renang yang luas dan panjang. Memang puas gila la kalau berenang ni. Selain kolam mandi, disediakan juga alat-alat permainan seperti trampolin, pasir pantai, climbing rope dan lain-lain lagi. Untuk golongan dewasa pula ada gim, karaoke, hammok, ruang santai dan lain-lain lagi.
Kami juga memanfaatkan cuti dengan beriadah di Crazy Hill. Walaupun bukit itu tidaklah tinggi tapi penat jugalah untuk orang seperti saya. Dua tiga kali kami kena scam dekat dah, nak sampai dah, lepas kona tu ja...padahal tak sampai-sampai lagi. Tapi akhirnya satu kepuasan apabila berada di puncaknya. Alhamdulillah pemandangan yang cantik dapat kami nikmati.